Thursday, September 1, 2016

Gulai Tempoyak Ikan Kembung


Saya memang penggemar sambal tempoyak. Cumanya first experience makan Patin Masak Tempoyak sangatlah mengecewakan. Sejak tu tak pernah lagi makan gulai tempoyak.

Sempena cuti Hari Merdeka, saya try masak gulai tempoyak resepi asli Temerloh yang kononnya hanya menggunakan 4 bahan asas. Disebabkan hanya ada ikan kembung kat rumah, jadi kita try dulu dengan ikan kembung. Anyway, saya adjust sikit resepi asal dengan menambah asam keping untuk rasa masam2 dan lebih sedap.

Bahan-bahan
2 senduk Tempoyak ~ ikut kegemaran pekat/cair kuah
6-7 biji Cili Padi
Sebiji Cili merah
Kunyit hidup
Seikat Daun Kesum
Garam/Gula secukup rasa
*Asam keping (tiada dalam resepi asal)
*Boleh masukkan timun kalau suka

Cara memasak :

  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup (anggaran size sebesar ibu jari) (jangan terlalu hancur). 
  2. Masukkan tempoyak ke dalam  dan tumbuk/gaulkan bersama bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Masukkan air, dan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan sehingga merenih.
  4. Masukkan (timun sekiranya suka), ikan dan daun kesum sejurus selepas kuah mendidih, masak sekejap dan tutup api.
  5. Masukkan garam dan siap untuk dimakan.

Memandangkan saya cuma ada sekali pengalaman makan gulai tempoyak, tak dapat nak imagine bagaimana sepatutnya rasa sebenar Gulai Tempoyak. Apa pun review dari orang lain, semua puji SEDAP!!

So, hari ni time lunch kat office saya try ceduk sikit kuah gulai patin tempoyak yang dijual  - nasib baik tak banjir. Allah, memang tak boleh diterima anak tekak. Jadi saya rasa, Gulai Tempoyak saya ni a major first trial success... heheheh so Insyaallah coming soon in YUMCIOUS! Nasi set Gulai Tempoyak. Mungkin ikan merah, mungkin juga tenggiri. Yang pasti bukannya Patin buat masa ni.

Selamat memasak!!