Gulai Ketam & Nenas
Friday, September 9, 2016
Thursday, September 1, 2016
Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Saya memang penggemar sambal tempoyak. Cumanya first experience makan Patin Masak Tempoyak sangatlah mengecewakan. Sejak tu tak pernah lagi makan gulai tempoyak.
Sempena cuti Hari Merdeka, saya try masak gulai tempoyak resepi asli Temerloh yang kononnya hanya menggunakan 4 bahan asas. Disebabkan hanya ada ikan kembung kat rumah, jadi kita try dulu dengan ikan kembung. Anyway, saya adjust sikit resepi asal dengan menambah asam keping untuk rasa masam2 dan lebih sedap.
Bahan-bahan
2 senduk Tempoyak ~ ikut kegemaran pekat/cair kuah
6-7 biji Cili Padi
Sebiji Cili merah
Kunyit hidup
Seikat Daun Kesum
Garam/Gula secukup rasa
*Asam keping (tiada dalam resepi asal)
*Boleh masukkan timun kalau suka
Cara memasak :
- Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup (anggaran size sebesar ibu jari) (jangan terlalu hancur).
- Masukkan tempoyak ke dalam dan tumbuk/gaulkan bersama bahan yang telah ditumbuk tadi.
- Masukkan air, dan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk dan masak menggunakan api perlahan sehingga merenih.
- Masukkan (timun sekiranya suka), ikan dan daun kesum sejurus selepas kuah mendidih, masak sekejap dan tutup api.
- Masukkan garam dan siap untuk dimakan.
Memandangkan saya cuma ada sekali pengalaman makan gulai tempoyak, tak dapat nak imagine bagaimana sepatutnya rasa sebenar Gulai Tempoyak. Apa pun review dari orang lain, semua puji SEDAP!!
So, hari ni time lunch kat office saya try ceduk sikit kuah gulai patin tempoyak yang dijual - nasib baik tak banjir. Allah, memang tak boleh diterima anak tekak. Jadi saya rasa, Gulai Tempoyak saya ni a major first trial success... heheheh so Insyaallah coming soon in YUMCIOUS! Nasi set Gulai Tempoyak. Mungkin ikan merah, mungkin juga tenggiri. Yang pasti bukannya Patin buat masa ni.
Selamat memasak!!
Thursday, August 25, 2016
Ketam Cili
Niat asal nak masak Maggi Ketam je. Tapi bila tengok ketam ni bersaiz XL, terasa sayang pulak.
jadinya walaupun dah lewat malam, gigih jugak memblend cili bawang segala.
Macam biasa, sukatan bahan-bahan adalah anggaran saja. Adjust la ikut kegemaran masing2.
Selepas kuah mendidih tu, rasa la.. jadi boleh tokok tambah apa yang terkurang. Kuah ni sepatutnya terasa pedas, masam & manis.
Bahan-bahan
2 ekor ketam (besar) atau 4 ekor (kecik).
Garam & serbuk kunyit secukupnya.
Daun bawang/sup untuk hiasan
Sos
Sos
3 sb tomato puree
2 sb gula
1 sb cuka makan
1 sb tepung jagung dicampur 50ml air
1 biji telur - whipped
Bahan kisar
Bahan kisar
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1-2cm halia
Cara memasak
- Perap ketam bersama kunyit & garam selama lebih kurang 20minit.
- Goreng dalam minyak penuh. (Jangan goreng terlalu lama nanti isi kering tak sedap).
- Angkat & tos kan.
- Gunakan minyak bekas menggoreng (agak2 dalam 3-4 sb), Tumiskan bahan kisar sampai wangi.
- Masukkan campuran sos dan kacau sampai mendidih.
- Perlahankan api, tutup kuali dan biarkan sos mereneh lebih kurang 10minit.
- Campurkan campuran tepung jagung, kacau rata.
- Masukkan telur, kacau sampai kuah pekat.
- Masukkan garam, tutup api, masukkan ketam dan gaul sehingga mesra.
- Hidang dalam pinggan & tabur daun sup/bawang kalau suka.
Wednesday, August 24, 2016
Sup Tulang versi semudah A, B, C
My comfort food - sort of.
Sup antara favorite dish in our home. Dah la sedap, senang dimasak. You can have everything in one dish. Tak payah dah nak susah-susah goreng sayur, just dump in all the vegies in one pot.
So here is the recipe untuk sup tulang yang lazat dan berkhasiat :)
Ni resepi versi paling ringkas. Sesuai untuk mak-mak yang bekerja dan tak ada masa nak lama-lama kat dapur.. hihi.. takde alasan lagi taknak masak untuk anak-anak.
Bahan-bahan
1 kg tulang lembu (boleh tambah daging juga kalau suka)
2 sudu besar minyak masak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3-4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah sup atau rempah kurma atau paling senang sup bunjut
*Carrot
*Kentang
*Tomato
Lada sulah, garam & gula secukup rasa
Daun sup dan daun bawang - hiris halus
Bawang goreng - tabur kalau suka
* kuantiti & size potong ikut kegemaran masing2
Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak
Cuci Tulang sampai bersih.
*Jangan lupa untuk berselawat sebanyak 3 kali sewaktu proses akhir membilas Ini salah satu pesanan mak yang saya ingat dan amalkan sejak dari dulu lagi. Terbayang-bayang masa tu mak ajar siang ikan, lokasinya dekat pancur belakang rumah. Mak cakap, lepas dah bersih semua, last sekali kena bilas. Letak ikan dalam penapis, buka air paip, bilas sambil selawat. Katanya Insyaallah apa yang kita makan, bersih masuk dalam perut jadi darah daging elok. Cara mak ajar, kami kena tengok je, tak buat apa kecuali tengok dan dengar syarahan dia yang memusuk ke kalbu tu, saya memang tak pernah memasak masa kecik, sampai la dah kerja duduk bujang, baru la belajar memasak sendiri sambil visualize kan balik cara-cara memasak mcm mak ajar. Ok back to sup tulang;
- Masak air sehingga mendidih dan masukkan tulang. Rebus sekejap sampai daging sedikit kecut dan darah keluar. Tutup api dan buang air rebusan tadi.
- Cuci tulang dari sisa air rebusan pertama, masukkan air dan rebus semula sampai mendidih dan daging lembut dan tutup api.
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumis nanti.
- Panaskan minyak dan tumis rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) hingga harum, kemudian masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing.
- Kemudian masukkan rempah sup. Tumis hingga rempah garing dan masukkan air rebusan tulang. Kalau gunakan bunjut, terus masukkan bunjut sup bersama air rebusan tulang tadi dan tambah air secukupnya. Kacau dan biarkan sup merenih.
- Selepas mendidih, bolehlah masukkan daging (isi) kalau ada dan kentang.
- Bila daging dah empuk masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali Carrot yang dah dipotong. Size ikut la kegemaran masing-masing suka besar mana. Bila carrot dah empuk, tutup api. Boleh masukkan tomato kalau suka.
Saya tak masukkan tomato, bawang goreng & daun sup dalam periuk untuk mengelakkan sup bertukar rasa dan cepat basi. Sebaliknya saya susun tomato dalam mangkuk, masukkan sup, dan kemudiannya tabur bawang goreng & daun sup. Kalau suka pedas, boleh masukkan juga cili padi dalam sup. Atau option lain hidang sup dengan sambal kicap.
Ok, Selamat mencuba! Resepi senang sambil pejam mata boleh masak. Kalau malas jugak boleh order dari Yumcious atau the PopKitchen hehehhe
Sunday, August 21, 2016
Mee Kuah Rio 2016
Hari ni sangat excited nak tunggu Badminton final Men's Single between Dato Lee Chong Wei & Chen Long. Awal lagi dah plan aktivit makan-makan. Selepas selesai urusan aktiviti anak bujang grading taekwondo, terus singgah beli durian & bahan masakan. Paling senang, buat mee kuah campak-campak.
Since there was no other main course, terpaksa la buat kuah 2 versi. Satu untuk anak-anak without chilli paste & extra spicy for mommy & the gang.
Bahan-bahan
Mee / Kueyteow - bilas air bersih & siram air panas.
Udang / Sotong / Fishball / Ayam secukupnya
Carrot / Sawi / Tomato / Cauliflower / Bunga jagung secukupnya
7-10 biji Cili Padi - Ketuk
5 Ulas Bawang Putih - Ketuk
Daun lima purut - ramas untuk keluarkan bau
Sebiji Telur ayam
Bahan Kisar
2 sb Bawang putih & bawang merah kisar utk menumis
2 sb or secukup rasa cili kering kisar atau cili boh (kalau malas)
Sos
1sb Sos tiram
3sb Sos Tomato
2sb Sos Cili
2 sb kicap mee
Cara memasak
- Panaskan 3 sudu besar minyak dan tumis Bawang kisar & bawang putih yang telah diketuk sehingga naik bau.
- Masukkan Cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan udang/sotong/fisahball dan kacau (jgn sampai hangus) dan masukkan sedikit air.
- Kemudiannya masukkan bahan sos, kacau seketika dan tambahkan air. Kacau perlahan sehingga mendidih, masukkan sayuran yang keras (carrot, bunga jagung).
- Biarkan seketika, masukkan cili padi & daun limau purut.
- Tambah garam dan gula secukup rasa. As usual, masa ni sila la rasa makanan anda. Tokok tambah apa yang patut sampai puas hati rasa sedap. Bila kuah dah mendidih lagi, masukkan sawi, telur, tutup api, kacau sekejap, masukkan tomato dan siap untuk di makan!
Verdict ; Sold out in 10minutes!
*Untuk kuah anak-anak (kanan), saya tak masukkan chilli paste, cili padi & daun limau purut. Sewaktu proses akhir memasak juga, saya kacau telur sehingga sebati dengan kuah menjadikan kuah pekat.
Friday, July 1, 2016
Resepi Laksa Penang
Open house baru ni antara menu yang paling hit amongst tetamu adalah laksa... jenuh la merepeat rebus sampai ke malam. Siap ada yang tanya food semua cater ke masak. Ada jugak tu yang tak percaya, siap gi bisik2 dengan bibik kat dapur.. hahhaa.. kitorang ni kalau boleh semua benda nak masak sendiri, dah tentu-tentu halal, bersih dan puas hati.
Nah untuk yang bertanya, ni resepi laksa kalau nak try. To be frank, my cooking style, semuanya main agak-agak je. Tak reti nak sukat bagai. If you cook often, you know how to agak-agak. That's the skill you acquire along your cooking journey, bukan di kelas memasak, jadinya keep cooking, eventually you'll master something without you even knowing.
Bahan-bahan
(anggaran 10 orang makan)
(anggaran 10 orang makan)
Bahan Kuah
1/2 kilo Ikan (Saya guna ikan sardin)
Segenggam cili kering - rebus dan kisar
2cm belacan seb - kisar
Bawang (onion & shallot) - kisar
5-7pc Asam keping
Air asam jawa
Gula & garam secukup rasa
2 tangkai bunga kantan
Daun kesum
Lain-lain
Laksa 1 bungkus
Timun
Bawang besar
Cili / Cili padi
Nenas
Daun salad
Telur
Limau nipis
Bahan kisar
Rebus cili kering, buang biji dan blend bersama & belacan,
Blend bawang besar & bawang merah;
Rebus ikan bersama beberapa keping asam jawa & garam. Asingkan tulang dan isi ikan. Blend berasingan. Ketepikan sedikit isi ikan kalau suka kuah ada isi ikan kasar.
Lain-lain
Laksa 1 bungkus
Timun
Bawang besar
Cili / Cili padi
Nenas
Daun salad
Telur
Limau nipis
Bahan kisar
Rebus cili kering, buang biji dan blend bersama & belacan,
Blend bawang besar & bawang merah;
Rebus ikan bersama beberapa keping asam jawa & garam. Asingkan tulang dan isi ikan. Blend berasingan. Ketepikan sedikit isi ikan kalau suka kuah ada isi ikan kasar.
Cara memasak
- Masukkan cili dalam periuk, tambah sedikit air, air asam jawa & rebus sehingga mendidih;
- Agak2 hampir mendidih, masukkan bawang yang telah dikisar, bersama bunga kantan dan asam keping;
- Selepas mendidih, masukkan air tulang ikan (tapis ambik air je) dan daun kesum;
- Kemudiannya, masukkan isi ikan yang diblend, kacau dan tunggu sampai mendidih. Once mendidih masukkan baki isi ikan.
- Time ni silalah rasa kuah tu sedap ke tidak kot2 nak tambah air asam lagi ke. Pastu tambah gula & garam to taste. Tunggu sampai mendidih & tutup api.
- Hidangkan laksa dengan hirisan timun, bawang besar, cili padi, nenas, salad etc.
Selamat Mencuba !
*notakaki : Kalau masih gagal, sila order dari Yumcious atau the PopKitchen hehehhe
*notakaki : Kalau masih gagal, sila order dari Yumcious atau the PopKitchen hehehhe
Subscribe to:
Comments (Atom)







