Niat asal nak masak Maggi Ketam je. Tapi bila tengok ketam ni bersaiz XL, terasa sayang pulak.
jadinya walaupun dah lewat malam, gigih jugak memblend cili bawang segala.
Macam biasa, sukatan bahan-bahan adalah anggaran saja. Adjust la ikut kegemaran masing2.
Selepas kuah mendidih tu, rasa la.. jadi boleh tokok tambah apa yang terkurang. Kuah ni sepatutnya terasa pedas, masam & manis.
Bahan-bahan
2 ekor ketam (besar) atau 4 ekor (kecik).
Garam & serbuk kunyit secukupnya.
Daun bawang/sup untuk hiasan
Sos
Sos
3 sb tomato puree
2 sb gula
1 sb cuka makan
1 sb tepung jagung dicampur 50ml air
1 biji telur - whipped
Bahan kisar
Bahan kisar
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1-2cm halia
Cara memasak
- Perap ketam bersama kunyit & garam selama lebih kurang 20minit.
- Goreng dalam minyak penuh. (Jangan goreng terlalu lama nanti isi kering tak sedap).
- Angkat & tos kan.
- Gunakan minyak bekas menggoreng (agak2 dalam 3-4 sb), Tumiskan bahan kisar sampai wangi.
- Masukkan campuran sos dan kacau sampai mendidih.
- Perlahankan api, tutup kuali dan biarkan sos mereneh lebih kurang 10minit.
- Campurkan campuran tepung jagung, kacau rata.
- Masukkan telur, kacau sampai kuah pekat.
- Masukkan garam, tutup api, masukkan ketam dan gaul sehingga mesra.
- Hidang dalam pinggan & tabur daun sup/bawang kalau suka.




